Tak payah bawak kabel kalau pakai powerbank ni
Saya dah pakai banyak powerbank. Anda pun mesti sama jugak. Tapi inilah pertama kali saya cuba powerbank dengan wireless charging terbina sekali.
Izinkan saya bagi 8 sebab kenapa anda patut pertimbangkan Innergie 10,200mAh Qi2 Magnetic Battery Pack ini.
1. Kapasiti 10,200mAh
Benda paling asas kita nak tahu pasal powerbank mestilah kapasiti. Sebagai contoh, saya caj iPhone 15 Pro Max yang dilengkapi dengan bateri 4441 mAh, powerbank ini boleh caj iPhone tu dari kosong sampai penuh dua kali!
2. Ada Qi2 Wireless charger
Walaupun powerbank ini kecil je tapi dia ada Qi2 wireless charger yang boleh caj dengan kelajuan 15W. Not bad.
3. Walaupun ada wireless, dia nipis!
Dulu wireless charger ni hanya ada kat device yang besar. Siapa sangka sekarang powerbank pun dah ada lepas tu kat peranti yang hanya setebal 17.2mm sahaja! Berat ke? Sekitar 220g ringan je!
4. Nak caj laptop pun boleh.
Tahukah anda laptop Macbook Air M1 (2020) dilengkapi dengan bateri 4380mAh je? Powerbank Innergie ini dilengkapi dengan output berwayar sehingga 45W. Jadi powerbank ini memang boleh kalau nak guna caj laptop saya.
5. Boleh caj 3 peranti dalam satu masa.
Betul lah apa anda baca tu. Satu wireless charging, dua lagi sambungkan kat ports USB-C. Total tiga peranti dia boleh caj dalam satu masa.
6. Boleh caj sambil dicaj
Ini fungsi yang unik jadi harus disebut. Ya, anda boleh caj powerbank ni dengan cucuk kabel USB-C untuk caj powerbank, tapi pada masa yang sama wireless charger tu caj phone anda. Powerbank Innergie ini boleh buat.
7. Powerbank ada fast charging 45W
Biasa orang cakap output speed je berapa laju kan? Tapi ada powerbank tu bila kita nak caj powerbank tu balik, itu pulak perlahan, Powerbank innergie ni selain boleh output 45W, input pun boleh 45W jugak. Takdelah kita kena tunggu lama nak caj balik powerbank ni.
8. Magnet kuat
Kalau kita lekatkan kat iPhone punya MagSafe wireless charging site belakang phone tu dekat powerbank ni, memang selamat, susah nak cabut sebab dia gunakan magnet yang kuat dengan pulling force 900g.
9. iOS & Android boleh je pakai
Ini point penting nak disebut. Yela cerita pasal MagSafe segala ada orang ingat kalau pakai iPhone je boleh pakai powerbank ni. Taklah, semua phone boleh pakai powerbank ni!
Jadi kalau berminat nak beli, korang boleh ikuti link di bawah:
- Innergie Shopee Official Store (klik sini)
- Beli terus dari Innergie Malaysia (klik sini). Gunakan kod baucar xxxxxx (coming soon)
Comments
Post a Comment