Mencuba Hi-Res Audio Wireless dengan EarFun Free Pro 3 (Review)

Baru-baru ni saya berpeluang untuk mencuba earbuds terbaru dari EarFun iaitu Earfun Free Pro 3 yang kini datang dengan Hi-Res Audio Wireless.

Dulu, headphones berwayar yang ada tanda Hi-Res Audio ni pun dah mahal, apatah lagi yang wireless dengan teknologi LDAC contohnya dari Sony yang harganya tak kurang dari ribuan ringgit. Saya agak terkejut dengan EarFun Free Pro 3 ni menawarkan fungsi ini pada harga yang mampu milik. Apapun kita cuba dulu.

Masa unboxing macam biasa je. Ada dokumentation & extra getah earbud yang kita boleh tukar ikut saiz telinga kita.

Ada dua perkara yang anda perlu tahu;

1) Hi-Res audio perlukan peranti yang sesuai

Hi-Res itu datang dari teknologi Snapdragon Sound, yang memerlukan kita untuk pakai peranti yang menggunakan chipset Snapdragon yang tersenarai di laman web mereka, (buat masa sekarang saya tak ada device Snapdragon). Selain itu, anda perlu melanggan penstriman audio premium seperti Spotify HiFi atau Apple Music untuk dapatkan Hi-Res audio.

Saya cuba pakai kat iPhone atau peranti Mediatek, dengar lagu dari Spotify free / YouTube Music free, memang rasa biasa je. Tak dapat manfaatkan sangat fungsi Hi-Res audio tu.

2) Ada orang akan komplen ANC kurang berkesan

Pada mulanya saya terkejut, kenapa Hybrid Active Noise Cancellation dari Qualcomm ni tidak menepis semua bunyi dari luar. Dalam sesetengah situasi, bunyi luar macam bunyi kereta masa berjalan tepi jalan raya, masih kedengaran. Rupanya teknologi ini memang dibuat begitu demi keselamatan, supaya kita masih boleh dengar dan peka terhadap persekitaran.

Ada orang mungkin nak fungsi ni kalau pakai masa berjalan kaki di luar, tapi untuk saya yang pakai masa duduk kat meja sendiri dalam pejabat, yang ada bunyi mesin penapis udara yang bising, ia masih kedengaran.

Selain dua point utama di atas ni, pengalaman pakai EarFun Free Pro 3 agak standard. Jangka hayat bateri boleh pakai 6-7 jam kat telinga, IPX5 kalis peluh. 

Jadi rekomendasi saya? 

Kalau anda pakai peranti Snapdragon & melanggan penstriman audio premium, boleh la manfaatkan Hi-Res audio pada EarFun Free Pro 3 ini. 

Sebab Hi-Res audio dulu hanya boleh dinikmati pada earbuds harga ribuan ringgit. Sekarang dah lebih mesra poket.

Klik sini untuk beli EarFun Free Pro 3 dari Shopee
Klik sini untuk beli EarFun Free Pro 3 dari Lazada

Comments

Popular posts from this blog

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Honor 90 5G Review - Jangan baca specs list je!