OPPO Reno10 Pro+ 5G - masih ada satu aspek yang perlu ditambahbaik
Semalam saya berpeluang untuk mencuba OPPO Reno10 Pro+ 5G dan dalam blog post ini saya nak kongsikan pengalaman saya cuba phone tu.
Tapi sebelum tu nak cerita background saya dengan OPPO.
Phone Oppo yang pertama sekali saya cuba ialah OPPO Reno 7 pada hujung 2021 tak silap. Maaf saya katakan, pada masa tu kamera dia untuk video memang takbest, gambar pun tak best sebab processing dia terlampau 'fake'.
Tapi segalanya berubah dengan pengenalan cip Marisilon X pada OPPO Find X5 Pro (klik sini) dan turun ke OPPO Reno8 Pro (klik sini) yang saya pakai extensively tahun lepas. Kualiti gambar improve banyak.
Untuk tahun 2023 ni takde Reno9, skip nombor 9 terus pergi nombor 10, inilah dia OPPO Reno10 Pro+ 5G.
Apa yang saya suka;
1) Gambar cantik
Reno10 Pro+ ni pun ada cip Marisilicon untuk proses gambar. So gambar dia memang menjadi.
2) 100W Super VOOC charger
Memang laju. Laju sangat. Reno8 Pro yang saya pakai dulu 80W saya dah hepi, inikan pula Reno10 Pro+ ni datang sekali dengan 100W. Memang laju. Cucuk phone kat charger, pergi mandi kejap, bateri dah penuh.
3) Design nipis, ringan, premium.
4) ColorOS
Dari segi sistem operasi ColorOS, saya berpendapat Oppo punya software agak stabil, kalau boleh tolak tepi design dia yang kadang agak kartun. Saya guna Reno8 Pro sebelum ni tak ada masalah dengan bugs pun seperti yang saya kena dengan jenama lain.
Apa kekurangan yang saya kurang suka;
1) Video features.
Kualiti video 4K dari kamera utama boleh tahan. Tapi kalau tukar kepada kamera selfie, dia boleh shoot 1080p sahaja, lepas tu tak ada stabilization. Kalau tak ada optical tak apa, ini Electronic pun tak ada untuk selfie camera.
Selepas dah improve banyak dalam kualiti gambar dengan cip Marisilicon X, video ialah satu aspek yang saya rasa OPPO harus tambah baik seterusnya.
2) Harga
Siri Reno ni memang dari dulu lagi, tak murah. Harga setanding iPhone 😂
Untuk lebih banyak info mengenai phone ni sila rujuk links di bawah:
Comments
Post a Comment