Boleh ke caj phone guna charger laptop? (feat Innergie C10 Lite)


Zaman sekarang dah hampir semua laptop baru semua dah gunakan charger jenis USB-C. Tiada dah barrel charger zaman dulu.

Smartphone pun pakai USB-C jugak. Persoalannya boleh ke kita caj smartphone kita guna charger laptop?

Yelah, laptop charger power tinggi 100W contohnya. Tapi smartphone pakai 20W je. Contoh... Boleh ke caj?

Ini adalah soalan yang sangat bagus sebab merujuk kepada SAFETY. Kesedaran pasal electrical safety masih ada dalam diri anda. Bravo!

Situasi 1: BOLEH CAJ PHONE TAK?

"Saya nak caj phone. Phone saya 20W je. Saya punya laptop charger 100W. Boleh caj tak?"

Boleh! Majoriti charger laptop & smartphone zaman sekarang gunakan standard Power Delivery ni memang BIJAK... Charger akan communicate dengan phone untuk supply yang phone tu perlu sahaja. Phone akan dapat 20W sahaja. Jadi selamat nak pakai.

Situasi 2: BOLEH CAJ LAPTOP POWER RENDAH TAK?

"Saya pakai MacBook Pro yang charger PD 67W, tapi terlupa bawak charger. Member pakai MacBook Air M1 charger dia 30W je. Boleh caj ke?"

Boleh! Tapi kena bersabar dan dengan syarat... Laptop tu SLEEP.

Kalau guna laptop tu sambil charge, power digunakan dari bateri lebih banyak dari power yang dibekalkan oleh charger, jadi serupa tak caj jadinya.

Situasi 3: BOLEH CAJ LAPTOP JENAMA LAIN TAK?

"Charger laptop PD 100W Acer tertinggal kat rumah. Member pakai laptop PD 100W tapi jenama Asus. Boleh caj ke?"

Ni tricky sikit. Walaupun makin banyak laptop dah hampir standard, tapi ada yang masih berlainan. Memperkenalkan Innergie C10 Lite - Charger yang compatible dengan berbagai laptop brands: Acer, Asus, Dell, HP, Lenovo, dan banyak lagi. Asalkan Power Delivery 3.0 jalan!


Selamat ke? Innergie ni brand oleh Delta Electronics, nama besar dalam bidang power supply. Trusted la. Saya jugak suka kotak dia yang simple, environmentally friendly sebab senang nak recycle.

Saya nasihatkan check dulu output voltage dan amperage original charger anda dibawah. Kalau sama, on!


Dan beginilah rupa charger dia. Sangat kecil dan ringan untuk charger 100W. Kabel dia tak braided tapi tahan bengkok. Charging cable dia ni in total 2.5 meter, panjang tu.


Jadi kalau compatible dengan laptop anda, dan asyik tertinggal je, beli jelah charger tambahan lagi satu. Charger utama letak kat rumah, charger tambahan buat letak kat office, settle!

Sesiapa yang berminat nak beli charger gantian atau charger tambahan boleh la angkat Innergie C10 Lite ni (klik sini untuk harga)

P/S: Pada 25 Julai 2023 nanti, tepat 12 malam akan ada SHOCKING SALE dan voucher RM5. Klik sini untuk add to cart!


Comments

Popular posts from this blog

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Honor 90 5G Review - Jangan baca specs list je!