Earbuds harga mesra rakyat tapi BEST! - Soundcore A20i & R50i

Rasanya ramai pengguna iPhone mesti dah biasa dengar jenama 'Anker' bila beli charger iPhone MFI third party. Tahukah anda Anker ada sub-jenama Soundcore yang fokus buat produk audio?

Anda dah tahu? Power. Sebab saya baru je tahu masa Soundcore hantar dua unit ni kepada saya untuk review dan tulis blog post ini ;-)

Soundcore A20i

Kita mulakan dengan Soundcore A20i warnah hitam yang harga paling mesra rakyat. Tengoklah harga dia dengan klik kat sini untuk pergi terus ke official store dia.

Masa unboxing kita dapat earbuds dia sekali dengan lanyard senang nak pegang. Dalam kotak diberi sekali USB A to USB C charging cable dengan getah earbuds berlainan saiz untuk sesuaikan dengan saiz telinga kita. 

Dari segi fungsi pulak agak standard. Bluetooth 5.3, IPX5 tahan peluh, boleh tap badan untuk berbagai fungsi boleh set kat app. Soundcore janjikan playback 9 jam, boleh sampai 28 jam dengan bantuan charging case. Saya baru je unboxing ni jadi saya belum test betul-betul lagi berapa lama dia boleh tahan.


Soundcore R50i

Seterusnya kita ada Soundcore R50i warna putih. Sama jugak, masa unboxing kita dapat earbuds dia sekali dengan lanyard senang nak pegang. Dalam kotak diberi sekali USB A to USB C charging cable dengan getah earbuds berlainan saiz untuk sesuaikan dengan saiz telinga kita. 


Dari segi fungsi pun agak standard. Bluetooth 5.3, IPX5 tahan peluh, boleh tap badan untuk berbagai fungsi boleh set kat app. Soundcore janjikan bateri Soundcore R50i ni lebih tahan lama; playback 10 jam, boleh sampai 30 jam dengan bantuan charging case. Nanti saya test betul ke tidak boleh tahan 10 jam.

App

Nak kawal earbuds ni dengan mudah boleh download app Soundcore dari play store / app store. Pairing guna app juga sangat mudah. Tapi benda paling menarik kat app ni pada pendapat saya ialah dia punya fungsi White Noise tu, boleh pasangkan white noise supaya korang lebih tenang, boleh pakai sambil buat kerja.


Selain tu, ada fungsi menarik bagi saya ialah fungsi 'Find Device' tu. Kalau earbuds tu tercabut dari telinga dan nak cari balik, kita boleh play bunyi untuk bantu kita cari balik earbuds yang tercabut tu. Tapi ia mesti masih connected dengan Bluetooth lah. Kalau tak connected tak boleh juga lah.

Sound quality?

Pada pendapat saya dua-dua earbuds ni kualiti audio dia cukup memuaskan. Saya paling pantang bab 'detail' dan earbuds ni lulus. Bukan apa, ada sesetengah earbuds tu terlampau pentingkan bass sampai vokals jadi pecah. Tapi bukan Soundcore. Dari segi details, lulus.

Tapi dengan earbuds jangan expect bass ye. Memang bass tak ada sebab saiz driver yang kecil. Nak bass sila cari over the ear headphones dengan saiz driver yang besar. Soundcore kata nak 

Kelemahan?

Sebab dua-dua Soundcore A20i & Soundcore R50i ni bukan earbuds harga mahal, dia tak ada fungsi active noise cancelling untuk senyapkan bunyi bising dari bunyi MRT ke, bunyi enjin kapal terbang ke. Selain tu charging case juga tiada fungsi wireless charging. Dua benda ni biasalah, hanya ada kat earbuds mahal. Soundcore A20i & Soundcore R50i ni dua-dua earbuds harga mesra rakyat.

Berbaloi ke?

Kalau tanya saya berbaloi lah kalau anda belum ada earbuds Bluetooth tanpa wayar. Memang jauh lebih memudahkan berbanding pakai earphones yang berwayar. Lagi-lagi semakin banyak smartphone baru keluar tanpa audio jack.

Nak beli buat hadiah kat adik, ibu bapa, atau orang lain yang belum ada earbuds Bluetooth, pun boleh juga!

Beli dari sini (klik link):
Soundcore A20i (Shopee)
Soundcore A20i (Lazada)

Soundcore R50i (Shopee)
Soundcore R50i (Lazada)

Pro tip: tunggu sale double date 6.6, 7.7 dan 25 pay day pada 25 setiap bulan. Biasanya ada sale.

Semua ni affliate links, kalau anda beli gunakan link saya, saya akan dapat sedikit komisyen tanpa sebarang penambahan kos kepada pembelian anda. Terima kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Honor 90 5G Review - Jangan baca specs list je!