Inilah Earbuds bateri paling TAHAN LAMA pernah saya pakai!
Baru-baru ni saya berpeluang untuk mencuba earbuds flagship terbaru dari EarFun iaitu EarFun Air Pro 3.
Kelebihan:
1) Bateri tahan 9 jam dipakai di telinga
2) Teknologi Bluetooth 5.3 terkini
3) Charging case boleh dicaj secara wireless
Kelemahan:
1) Kualiti plastik tidak rasa premium seperti jenama lain
2) Charging case agak tebal, kurang selesa disimpan dalam poket
Masa mula-mula buka kotak, saya paling suka EarFun sertakan satu cleaning stick untuk kita bersihkan kotoran telinga yang mungkin terlekat lepas pakai.
Dari segi kualiti binaan, semuanya memang dipasang dengan cantik. Mestilah, baru layak dapat IPX5 waterproof untuk tahan peluh masa bersukan. Bila dipakai pun selesa. Kalau rasa tak selesa tu boleh cuba tukar dia punya getah penghujung sampai dapat yang sesuai dengan saiz lubang telinga kita.
Satu benda saya dapati kurang memuaskan ialah pilihan tekstur plastik yang AirFun gunakan untuk buat earbuds dan charging case dia. Ini adalah plastik yang reviewer selalu panggil sebagai "scratchy plastic" yang buatkan ia terasa kurang premium dari sepatutnya.
Dari segi kualiti audio, saya sangat berpuas hati. Details jelas kedengaran, bass mencukupi tapi tidak terlampau bassy. Dari segi noise cancelling, saya dapati ia juga berfungsi dengan baik untuk mengurangkan gangguan bunyi dari luar. Hebat juga teknologi Qualcomm ni.
Earfun cakap jangka hayat bateri EarFun Air Pro 3 ni boleh bertahan sehingga 9 jam dipakai di telinga
Saya pun cuba lah pakai selama 6 jam berterusan, lepas 6 jam rasa rimas dan tak sanggup nak pakai lagi dah. Rasa kena keluarkan earbuds dari telinga dan letak balik dalam charging case. Bila check, bateri masih lagi berbaki 45%. Segala settings dan peratusan bateri senang je nak check gunakan aplikasi EarFun Audio.
Charging case menyokong wireless charging. Tapi saya rasa feature wireless charging tu buat bentuk charging case ini agak tebal, kurang sesuai untuk saya menyimpan casing ini di dalam poket.
Secara keseluruhannya, kalau dibandingkan dengan earbuds utama yang saya pakai sekarang iaitu OPPO Enco Air 2 Pro (klik sini untuk harga) yang datang pada julat harga yang tak jauh berbeza.
Saya lebih menyukai plastik "glossy" yang digunakan pada OPPO Enco Air 2 Pro kerana terasa lebih premium dan charging case OPPO sangat nipis, senang dibawa di dalam poket. Tetapi ia tiada fungsi wireless charging seperti EarFun Air Pro 3. Selain itu OPPO Enco Air 2 Pro pula selepas 6 jam dipakai sudah meminta nak dimasukkan balik ke charging case.
Macam biasa lah, semua benda ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, macam EarFun Air Pro 3, kelebihan utama pada saya ialah jangka hayat bateri 9 jam tu, memang POWER.
Kalau berminat nak tahu harga & promosi terkini untuk EarFun Air Pro 3, klik link disini.
Comments
Post a Comment