Android pun boleh pakai aksesori Apple Magsafe? - CHARBY ORBIT WALLET


Baru-baru ni saya baru angkat iPhone 13 yang dijual secara promosi. Inilah phone pertama sekali saya guna yang ada magsafe.

MagSafe tu apa benda? Sejarahnya dulu ia adalah charger dengan sambungan magnetik yang pertama kali digunakan pada MacBook. Tapi bermula dari iPhone 12 keatas, wireless charger di belakang iPhone kini juga ada magnet untuk elakkan phone bergerak masa wireless charging.

Tapi magnet tu juga orang buat letak aksesori, contohnya macam wallet macam gambar di atas untuk letak kad TNG masa naik MRT. 

Tahukah anda sekarang dah ada syarikat tempatan yang buat aksesori MagSafe untuk iPhone bernama CHARBY? Ini adalah Charby Orbit Wallet (klik sini untuk harga), harga dia mampu milik sikit lah berbanding kalau beli aksesori original jenama Apple.

Menariknya, magnet dia taklah terlampau kuat sampai sekali letak tak boleh cabut, tak lemah juga, letak dalam poket jeans takde tercabut.

Kalau saya pakai Android macam mana?

Charby ada jugak jual magnetic ring. Tampal je magnetic ring (klik sini) kat casing phone android korang. Sekarang android pun boleh pakai aksesori MagSafe macam Apple!


Bukan satu tu je aksesori dia, ada jugak finger ring holder (klik sini) kalau nak pegang phone dengan lagi selamat.


Ada jugak attachment nak tampal phone tepi monitor.


Banyak lagi lah aksesori MagSafe yang CHARBY buat korang boleh klik sini untuk terus ke page mereka.



Comments

Popular posts from this blog

Boleh ke Bina PC Gaming dengan bajet RM2k? (Ogos 2021)

7 Kamera Vlogging Terbaik untuk YouTube

Honor 90 5G Review - Jangan baca specs list je!